Tuesday, 22 November 2011

HaRiMaU vs GaRuDa....

Harimau Baham Garuda Di Bumi Indonesia!

    November 22, 2011
45 Comments


8273

83

0

8358
share

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Muda berjaya membuktikan kehebatan apabila membaham laskar Garuda pada final bola sepak Sukan SEA sekaligus menghadiahkan pingat emas kepada seluruh peminat bola sepak tanahair.
Disifatkan sebagai ibu segala pingat emas, ia memperlihatkan pasukan Malaysia bermain sepenuh jiwa dan raga untuk negara di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Meskipun dihujani dengan pelbagai provokasi dari penyokong-penyokong serta media tuan rumah, skuad Harimau Muda bimbingan jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, tetap gagah untuk berjuang sehingga ke saat akhir perlawanan yang penuh mendebarkan.
Bermula dengan jaringan awal pada minit ke-5 oleh pemain pertahanan Indonesia, Gunawan Dwi Cahyo, stadium Bung Karno yang dibanjiri lebih 100,000 orang penyokong fanatik negara jiran gamat berpesta meraikan gol tersebut.
Bagaimanapun, sorakan tersebut berjaya ‘dibisukan’ apabila lebih kurang 20 minit kemudiaannya, pemain tengah skuad Harimau Muda, Mohd Asraruddin Putra Omar, bertindak membenamkan diri untuk menanduk masuk gol penyamaan mengikat kedudukan perlawanan kepada 1-1.
Keputusan kekal kepada Malaysia dan Indonesia terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, perlawanan akhir merebut pingat emas Sukan SEA itu menjadi semakin sengit menyaksikan kedua-dua pasukan bertali arus mengatur serangan demi serangan.
Meskipun ditekan dengan permainan kasar dan ‘tackle’ keras yang dilakukan pemain Indonesia, Harimau Muda tetap konsisten dengan mempamerkan gerakan-gerakan merbahaya yang mencemaskan pintu gol lawan.
Namun, kedudukan 1-1 kekal sehingga pengadil meniup wisel penamat.
Penuh debaran, perlawanan dramatik tersebut diheret ke pertarungan masa tambahan yang kemudiaanya menyaksikan kedua-dua pasukan menjaringkan gol, namun dibatalkan atas kedudukan pemain yang berada dalam posisi “offside”.
Menyaksikan perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti, sudah tentu ia mampu menyebabkan ramai peminat sukan bola sepak negara menjadi sesak nafas.
Penyerang berbisa kelahiran Papua, Titus Bonai memulakan tendangan sepakan penalti bagi skuad Garuda berjaya menghasilkan gol pertama, namun jaringan tersebut berjaya dineutralkan oleh Mahali Jazli yang berjaya menewaskan penjaga gol negara jiran itu, Kurnia Miega.
Ratusan ribu penyokong skuad Garuda sekali lagi ‘dibisukan’ apabila sepakan penalti penjaring gol pertama perlawanan, Gunawan Dwi Cahyo, terkena tiang dan gagal menghasilkan gol, manakala pemain nombor 17 negara, Fandi Osman, berjaya menjaringkan gol menjadikan kedudukan kepada 1-2.
Bagaimanapun, skuad Indonesia menarik nafas lega apabila sepakan pemain tengah Harimau Muda, Fakri Shaarani berjaya diselamatkan Miega dan Egi Megiansyah berjaya menewaskan penjaga gawang gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Ketika kedudukan terikat 3-3, suasana stadium Bung Karno kembali mendebarkan degupan jantung setiap penonton yang keresahan menantikan kesudahan perlawanan penuh dramatik ini.
Sepakan penalti ke-empat bagi skuad Garuda dan Harimau Muda yang diambil oleh Ferdinand Sinaga dan Fazli Shas yang menggegarkan jaring memanaskan lagi kemuncak perlawanan yang penuh dramatik tersebut, menjadikan kedudukan terikat pada 4-4.
Sepakan penalti terakhir bagi kedua-dua pasukan sudah tentu memaksa semua penonton memberikan fokus 100 peratus di atas padang.
Bagaikan wira terbilang, Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apex sewajarnya diberikan setinggi-tinggi pujian apabila tangkas menangkis sepakan penalti Ferdinand.
Penyokong-penyokong skuad Garuda terpaku, kelu dan bisu, ada yang tertunduk hampir menangis.
Melengkapkan langkah bergaya skuad Harimau Muda membaham Garuda, Baddrol Bakhtiar menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua pasukan skuad bola sepak negara melepaskan sepakan padu, meskipun berjaya ditangkis sedikit oleh Miega, akhirnya bola tersebut tergolek masuk ke gawang gol Indonesia.
Kemenangan tersebut melebarkan jumlah pungutan pingat emas negara di dalam Sukan SEA sebanyak enam kali sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi skuad bola sepak negara pada kejohanan yang lalu di Laos pada tahun 2009.
Skuad Harimau Muda dijadualkan berangkat pulang kembali ke tanahair malam ini juga dan dijangka tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pukul 3.30 pagi ini.

HaRiMaU mUdA maLaYsiA...

Kabinet Lulus Pesawat Sewa Khas

kHaiRuL fAhMi,fAdLi ShAs,bAddrOl bAKhTiaR...

oNg kIm sWee-jUruLaTih sKuAd hArImAU mUdA...

Monday, 21 November 2011

sIxTh SeNse kItA bOleH....

gOl pEnYamAan mALaYsiA fInaL sUkAn sEa 2011 maLaySia vs InDoNesIa

5 tAriKan UtAmA wAniTa dI mAta LeLaki...





Ramai wanita yang menyangkakan bahawa mereka perlu cantik seperti model di dalam majalah untuk menarik perhatian lelaki. Namun, ia sebenarnya tidaklah sesukar yang seperti mereka fikirkan. Apa yang cantik di mata lelaki adalah perkara yang mampu dilakukan oleh semua wanita dan bukannya hanya berbentuk fizikal 100%. Mengikut suara majoriti lelaki, tarikan utama yang menarik pandangan mata mereka adalah..
(1) Berambut panjang- Suara majoriti lelaki menyatakan bahawa wanita yang berambut panjang adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Ini berkemungkinan disebabkan oleh ia mampu menyerlahkan lagi sifat kewanitaan seseorang. Selain itu,rambut panjang juga lebih sinonim terhadap wanita dan akan mempengaruhi psikologi lelaki untuk berfikiran lebih positif.
(2) Memakai kasut tumit tinggi- Mata lelaki amat gemar untuk melihat wanita yang memakai kasut tumit tinggi. Ia berkemungkinan disebabkan posture tubuh seseorang wanita itu akan berubah apabila memakai kasut tumit tinggi dan ia akan membuatkan mereka kelihatan lebih seksi.
(3) Berpakaian tradisional- Seperti yang anda semua tahu, pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya atau sebagainya akan lebih menonjolkan sifat kesopanan dan keayuan terhadap si pemakainya. Dan pakaian ini sebenarnya telah berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Lelaki amat tertarik untuk melihat sesuatu yang terserlah sifat kewanitaannya mungkin disebabkan naluri semulajadi lelaki itu sendiri.
(4) Bermekap- Mekap dapat membantu untuk menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita. Seorang wanita yang bijak mengenakan mekap untuk dirinya sudah pasti akan berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Tetapi, sekiranya mekap yang dikenakan keterlaluan atau tidak bersesuaian, berkemungkinan ia akan membuatkan lelaki untuk mengelak daripada melihat wajah mereka.
(5) Bertudung- Kebanyakan lelaki muslim terutamanya mengatakan bahawa wanita yang memakai tudung adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Faktor ini mungkin disebabkan penampilan wanita itu yang kelihatan lebih sopan dan lembut.

Sunday, 20 November 2011

sToP uPdAtE bLog...

k la wt smentara wktu ny nk stop update blog la..
sbb nye exam nk start da...
nk concentrate kt exam yg plng pnting thun ny...
asalamualaikum....

Saturday, 19 November 2011

aBout iNsaN yAng bErNamA pErEmpUan...

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu...

mY fAvOuriTe sOng...

mALaySia vs mYanMAR(sEmi FiNaL sUkAn sEa 2011)

tAnDa-TaNdA lElAki yAnG jAtUh cInTa dEngAn jUjuR & iKhLas..





Saya percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yg sudah serik utk menjalinkn hubungan serius dgn kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakn..

Adakah anda ingin memegang title ’single n available’ hingga ble2? Dan apakah yg harus anda lakukan utk membuat pilihan yg tepat dlm memilih teman hidup dr kaum Adam? 

Tips2 berikut diharap dapat membantu anda serba sedikit dlm memilih lelaki yg benar2 ikhlas dan menyayangi diri anda.

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda..

Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:
  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki.